fbpx
JONASSEN percaya pengalaman luas dimiliki Salim ketika bersama skuad Thailand sebelum ini mampu menjadi nilai tambah besar buat pelapis muda BAM.

DNA Thailand jadi taruhan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memperkemaskan program pembangunan perseorangan wanita remaja apabila membawa masuk jurulatih berpengalaman, Salim Samion yang dilihat mampu menyuntik ‘DNA Thailand’ dalam sistem pembangunan pemain negara.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen percaya pengalaman luas dimiliki Salim ketika bersama Thailand mampu menjadi nilai tambah besar buat program pembangunan pemain muda wanita negara.

Menurut Kenneth, Thailand telah lama dikenali sebagai antara kuasa besar badminton wanita dunia dan BAM mahu menyesuaikan beberapa elemen penting daripada budaya latihan negara itu ke dalam sistem tempatan.

“Thailand telah melahirkan ramai pemain wanita bertaraf dunia. Sudah tentu budaya mereka sedikit berbeza, tetapi ada beberapa perkara yang boleh kita sesuaikan dalam sistem kita juga.

“Pendekatan latihan, perhatian terhadap perincian dan disiplin dalam pembangunan pemain muda adalah antara perkara yang saya percaya sangat pen­ting,” katanya.

Kenneth menjelaskan pelantikan Salim bukan sekadar untuk menghadapi mana-mana kejohanan tertentu termasuk Kejohanan Dunia Remaja di Mesir hujung tahun ini.

“Ia bukan khusus untuk mana-mana kejohanan tertentu. Kami mahu memperkukuhkan asas program ini dan ia selari dengan visi saya mengenai laluan pembangunan pemain. Kami perlukan jurulatih yang mampu membimbing pemain melalui fasa peralihan berbeza, daripada pe­ringkat remaja sehingga ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.

Tambah beliau, Salim akan memberi fokus penuh terhadap pembangunan perseorangan wanita remaja terutama dari aspek teknikal, taktikal serta pembentukan mental pemain.

Kenneth turut mengakui pengalaman Salim bekerja dalam sistem berbeza termasuk bersama skuad Thailand menjadi antara faktor utama BAM berjaya mendapatkan khidmat jurulatih tersebut.

“Beliau pernah menjadi sebahagian daripada sistem yang berjaya membangunkan pemain. Pengalaman bekerja dalam budaya berbeza itu sangat penting dan saya percaya beliau boleh membawa apa yang dipelajarinya ke dalam sistem ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN