fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Shahila dan Afiqah yang maut akibat lemas di Sungai Nerus berhampiran Kampung Jeram Manir, Kuala Nerus kelmarin.

‘Saya berhutang nyawa dengan Shahila, Afiqah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Dua re­maja perempuan berusia 12 tahun menyifatkan mereka berhu­tang nyawa dengan dua beradik yang sanggup berkorban menye­lamatkan da­ripada lemas di Sungai Nerus berhampi­ran Kampung Jeram Manir di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 3 petang itu meragut nyawa Nur Shahila Shahirah Azman, 12, dan kakak­nya, Nur Afiqah Shahirah Mohd. Shawalluddin, 15, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lem­bam.

Cerita Nurul Ain Fatihah Mohd. Zam­ri, 12, sebelum kejadian, me­reka bertiga bersama seorang lagi rakannya, Noor Sha­qi­ra Abdul Fatah, 12, pergi ke ­lo­kasi itu untuk beriadah dan mandi sungai pada pukul 2.30 petang.

“Waktu itu air surut, kami ber­main dan mandi di kawasan ber­dekatan di batuan yang me­rintangi sungai. Namun, kira-kira 30 minit kemudian, tiba-tiba air pasang menyebabkan Shaqira yang sedang mandi dihanyutkan arus deras,” katanya kepada ­Kosmo! ketika ditemui di Kampung Jeram Manir di sini semalam.

Nurul Ain berkata, pada mulanya, dia cuba menyelamatkan Sha­qira, namun turut dihanyutkan arus deras menyebabkan Sha­hila dan Afiqah nekad menyelamatkan mereka.

“Saya ditolak ke tebing sungai sebelum ber­paut pada pokok buluh. Shaqira pula terapung di tengah sungai, manakala Shahila dan kakaknya pula yang lemas,” katanya.

Nurul Ain berkata, dia dan Sha­qira sudah kehabisan tenaga dan tidak mampu berbuat apa-apa sehingga mereka dibantu dua penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Katanya, dia berasa sedih dengan kehilangan dua beradik itu dan berasa berhutang nyawa de­ngan mereka yang lemas demi ­me­nyelamatkan dia dan ­Sha­qira.

Sementara itu, Ketua Balai Bom­ba dan Penyelamat Kuala Te­rengganu, Thoyyibah Taib ­ber­kata, mayat Shahila dan Afi­qah di­temui berdekatan di dalam da­sar sungai sedalam kira-kira enam meter pada pukul 6 petang kelmarin.

Nenek mangsa, Esah Salleh, 76, berkata, ibu cucunya itu, Suria Sulung, 34, yang juga OKU lembam masih dalam keadaan terpinga-pinga dan dilihat kurang mengerti hakikat kedua-dua anak­­nya sudah meninggal dunia.

“Suria merupakan ibu tunggal dan kedua-dua cucu perempuan saya yang berlainan bapa me­netap dengan saya tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Tak sangka kedua-dua cucu saya mandi sungai kerana sebelum keluar rumah, mereka beritahu cuma mahu ke rumah kawan (Ain dan Shaqira),” katanya.

Dia turut memberitahu jena­zah Shahila dan Afiqah selamat di­kebumikan di Tanah Per­ku­buran Islam Kampung Jeram di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN