fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna di Threads berkenaan dengan ibunya telah menjadi mangsa penipuan sindiket jualan sebuah gerai yang murah, semalam.

Wanita berang, ibu jadi mangsa scammer gerai murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berang apabila mendakwa ibunya telah menjadi mangsa penipuan sindiket jualan sebuah gerai yang murah, semalam.

Menerusi perkongsian di media sosial oleh @nrlynasuha, dia mendedahkan ibunya telah membuat pesanan sebuah gerai untuk kegunaan perniagaan secara kecil-kecilan, namun mula merasa curiga selepas diminta melakukan pembayaran tambahan secara tiba-tiba.

“Mak aku buat pesanan beli sebuah gerai untuk perniagaan dia dekat satu penjual ini dan lepas itu dia minta lagi duit sebelum barang itu sampai. Senang-senang sahaja engkau nak tipu orang dan ingat mak aku cari duit itu senang ke?,” katanya.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendedahkan penjual terbabit pada mulanya meminta bayaran tambahan sebanyak RM200 kononnya sebagai wang jaminan sebelum barang tersebut dihantar.

Walaupun ibunya telah membuat transaksi RM200 tersebut, suspek sekali lagi meminta wang berjumlah RM300 dengan alasan yang sama.

Profil berkenaan dilaporkan kini sudah tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai dan dipercayai telah dipadamkan oleh pemilik tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berang dengan penjual tersebut yang dianggap tidak berhati perut.

“Kakak, dia ini memang terkenal, tak guna betul dia ini sebab kawan saya pernah kena RM1,000,” kata pengguna @M.z.iskandar_95.

“Kebanyakan kalau murah sangat semua itu tipu sahaja, jadinya hati-hati,” ujar pengguna @Maniswestern.

“Jahatnya, semoga Allah ganti mak awak dengan rezeki melimpah ruah,” kata pula pengguna @Khrnhzwn.

Sehubungan dengan itu, orang ramai turut dinasihati supaya lebih berwaspada dan melakukan semakan nombor telefon atau akaun bank melalui portal Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi atas talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN