fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

Baki bank tinggal RM2.43, remaja menangis wanita belanja makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita dipuji selepas membantu membelikan makanan buat seorang remaja yang dilihat tidak mempunyai baki wang yang mencukupi.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Norashiqueen, dia menceritakan kejadian tersebut apabila melihat seorang gadis yang dianggarkan berusia 16 ke 17 tahun, berdiri dalam keadaan terpinga-pinga di hadapan sebuah restoran makanan segera.

“Tengok gaya macam tingkatan empat atau lima. Dia buka akaun bank…aku pula joyah. Nampak ada RM2.43,” katanya.

Selepas bertentang mata dengan remaja tersebut, wanita berkenaan segera memanggilnya dengan alasan meminta cadangan menu yang terbaik.

“Dik boleh cadangkan untuk saya tak apa yang sedap, saya tak reti lah,” katanya kepada remaja itu.

“Bersungguh dia pilih dari roti sampai ke sos kemudian biskut dan air,” tambahnya lagi.

Dia kemudian membayar pesanan tersebut dan memberikannya kepada remaja itu yang seakan tidak percaya dengan bantuan yang diterima sehingga mengalirkan air mata.

“Aunty tipu saya eh?,” kata remaja itu sambil menangis.

Menurutnya lagi, dia turut berpesan kepada remaja itu agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya memiliki masa depan yang cerah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut memuji dan terharu dengan tindakan wanita berkenaan.

“Awak adalah orang yang terbaik di internet hari ini,” puji Pojam.

“Inilah sebab saya nak kaya, bukan sekadar untuk beli barang berjenama tapi boleh belanja orang lain bila-bila masa,” ujar Elz_Abd pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN