fbpx
Anwar ketika sidang media Krisis Bekalan Global hari ini.

Kerajaan arah turunkan sewa premis, bantu peniaga kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa bulan ini bagi meringankan beban peniaga kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil susulan peningkatan kos barangan yang memberi tekanan kepada peniaga dan penjaja.

“Saya sendiri mendengar keluhan peniaga kecil, walaupun kenaikan sedikit tetapi berterusan setiap minggu, ia memberi kesan besar kepada mereka.

“Agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan badan berkaitan kerajaan akan mengumumkan kadar pengurangan sewa dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang akhbar Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Anwar turut menyeru semua kerajaan negeri dan PBT mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menurunkan kadar sewaan premis.

“Ini bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri. Saya gesa supaya kadar sewa diturunkan segera dan dilaksanakan bulan ini juga,” ujarnya.

Beliau turut menghargai tindakan beberapa pihak termasuk di Selangor yang memberi maklum balas positif terhadap cadangan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN