fbpx
Tangkap layar yang dimuat naik oleh @Haiiiiyaa2025 di laman Threads.

Masukkan ikan ke dalam sotong taktik baharu tambah berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial yang mendakwa menemui dua ekor ikan di dalam setiap sotong dibelinya di sebuah pasar mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Hantaran yang dimuat naik oleh @Haiiiiyaa2025 di laman Threads, mendakwa menemui dua ekor ikan basung di dalam setiap sotong yang dibelinya di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, dia membeli satu kilogram sotong pada minggu lalu sebelum mendapati setiap ekor sotong mengandungi dua ekor ikan basung yang hampir sama saiz sehingga menimbulkan keraguan.

“Saya berpendapat terdapat kemungkinan ikan tersebut dimasukkan ke dalam badan sotong bagi menambah berat timbangannya sekali gus menyebabkan pelanggan membayar lebih mahal,” katanya.

Di ruangan komen, seorang pengguna, @Wapaasy, mendakwa ibunya yang membeli sotong di sebuah pasar lain di Semenanjung Malaysia turut menemui satu hingga dua ekor ikan di dalam setiap sotong dibersihkan untuk dimasak.

“Daripada enam ekor sotong yang dibeli, setiap satunya mengandungi antara satu hingga dua ekor ikan yang sama. Jika benar ada unsur penipuan, perbuatan itu amat tidak wajar kerana melibatkan soal kejujuran dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @Atiqi86, berpandangan keadaan tersebut sukar berlaku secara semula jadi.

“Agak mustahil untuk seekor sotong menyimpan dua ekor ikan yang bersaiz besar dalam perutnya pada masa yang sama. Sebab itu saya percaya ikan tersebut sengaja dimasukkan,” katanya.

Turut berkongsi pandangan ialah pengguna @Bahanbasahmentah yang mendakwa perbuatan tersebut sememangnya pernah digunakan oleh segelintir peniaga sebagai helah untuk meningkatkan berat sotong.

“Ketika mula mendapatkan bekalan makanan laut dahulu, saya juga pernah berdepan situasi sama sebelum akhirnya berjaya menemui pembekal yang lebih dipercayai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN