fbpx
INTAN Najuwa berkongsi tabiat peliknya semasa mengandung termasuk tertarik hendak meminum cecair pencuci pinggan mangkuk.

‘Gila masuk bilik kasut, mengidam makan pencuci pinggan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sudah namamya Intan Najuwa, pasti ada sahaja omelannya yang dekat dengan khalayak dikongsikan dalam media sosial. Kalau bukan tidak puas hati dengan netizen, pasti perkongsiannya berkaitan anak, keibubapaan dan suami.

Sedang hamil anak kedua, terbaharu pelakon bergelar Datin itu membuat pengakuan ada mengidam perkara luar biasa sepanjang tempoh kehamilannya.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, mengakui terasa hendak meminum cecair pembersih pinggan mangkuk gara-gara tertarik dengan aroma produk berkenaan.

“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum.

“Tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,” katanya dalam InstaStory tanpa memperincikan keadaan tersebut dilalui semasa kehamilan terkini atau anak pertama dahulu.

Selain itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu juga mempunyai tabiat mengunjungi bilik simpanan kasut untuk menghidu bau barangan kulit atau kotak kasut.

“Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kulit kasut.

“Memang gila setiap jam saya duduk dalam bilik kasut,” kongsinya lagi.

Bukan sekadar bau-bauan, Intan turut berkongsi kegiatan mengunyah ais secara kerap.

“Kunyah ais 24 jam sebab selalu nak gigih benda rangup dan sejuk.

“Semuanya selamat, saya buat pemeriksaan, tiada anemia atau tiada kekurangan zat besi.

“Saya hanya teringin benda rangup dan sejuk setiap masa,” katanya lagi.

Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Pada Februari lalu, Intan berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN