fbpx
Gambar hiasan.

Tiga warga Sri Lanka ditahan terlibat sindiket pemalsuan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai tiga warga Sri Lanka terlibat sindiket pemalsuan dokumen diberkas dalam satu operasi khas, ‘Ops Serkap’ yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi itu dilakukan melalui serbuan di dua premis kediaman di sekitar Selayang dan Desa Petaling.

Beliau berkata, tindakan bersepadu itu berjaya membongkar taktik licik sindiket yang cuba memanipulasi sistem imigresen serta mencabar integriti pengurusan warga asing negara.

“Siasatan awal mendapati, modus operandi sindiket ini melibatkan pengubahsuaian ke atas dokumen tulen yang dikeluarkan oleh JIM seperti ePASS dan pelekat palsu untuk digunakan oleh pihak lain bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Selain itu, terdapat juga beberapa dokumen pendaftaran perkahwinan (pasangan kepada warganegara) serta laporan perubatan yang telah disediakan bagi tujuan pendaftaran permohonan melibatkan JIM dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata, kegiatan ini dipercayai dilakukan secara terancang selama kurang dari dua tahun dengan penglibatan rangkaian tertentu bagi melancarkan urusan kemasukan dan keberadaan warga asing secara tidak sah di negara ini.

“Dalam serbuan ini, pasukan operasi telah menyita pelbagai peralatan dan dokumen yang telah diubah suai untuk mengaburi pihak berkuasa sekiranya pemeriksaan dijalankan, antaranya 11 naskhah pasport pelbagai negara, 15 keping i-kad, lima
buah peranti digital, lima buah telefon bimbit dan sebuah mesin pencetak.

“Tiga individu berumur di antara 35 hingga 45 tahun telah ditahan dalam operasi ini, terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki warganegara Sri Lanka,” katanya.

Selain itu katanya, satu saman kepada Saksi (Borang 29) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kesemua warganegara asing yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturanperaturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan
Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN