fbpx
Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX).

Siti Nurhaliza masuk hospital, kemalangan Lebuh Raya MEX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) sebentar tadi.

Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, insiden tersebut berlaku ketika Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan.

“Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.

“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Katanya lagi, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan langjut dan mendapati mengalami cedera ringan.

“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.

“Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak bahagian kaki.

“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN