fbpx
Lebih sedekad menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Norish Karman mengakui ramai yang cuba untuk memikat hatinya namun enggan bergelar bapa 'ekspres' terhadap lapan anaknya.

Ada yang nak ‘halalkan’ Norish, tapi enggan tanggung anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih sedekad menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pelakon Norish Karman mengakui ramai yang cuba untuk memikat hatinya.

Bagaimanapun, Norish atau nama lengkapnya, Nor’Ashikin Karman, 52, mengakui dia terpaksa menolak pinangan beberapa individu atas beberapa faktor termasuk berstatus suami orang.

“14 tahun saya jadi ibu tunggal ramai yang memasuk meminang sebenarnya.

“Saya pernah tolak suami orang, ada juga yang mak dia tak suka saya sebab saya tidak kaya macam Datuk Vida.

“Ada juga yang nak (isterikan) saya tapi tak nak anak-anak saya, jadi saya tak boleh teruskan,” katanya dalam siaran langsung TikTok bersama usahawan dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, semalam.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Spa Q itu menceritakan beberapa insiden yang masih basah dalam mindanya mengenai perkenalan dengan individu sehingga dituduh sebagai perempuan neraka kerana tidak bertudung.

“Ada mak dia tanya ‘apa kau dapat kawan dengan dia (Norish), dia miskin, ramai anak’. Mak dia tak suka.

“Ada juga yang ketika itu saya belum bertudung lagi, rambut kuning. Mak dia cakap mesti masuk neraka, buat apa cari perempuan neraka, cari perempuan syurga,” ujarnya.

Bagaimanapun, Norish masih berfikiran positif menganggap harus memberi fokus terlebih dahulu kepada lapan orang anaknya.

“Mungkin Allah kata belum (kahwin semula) lagi. Mungkin jihad saya kepada anak-anak dulu,” tuturnya.

Untuk info, Norish Karman pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir namun bercerai pada 15 Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 27, Muhammad Hady Amieran, 23, Nur Hanyz Amanda, 25, dan Haq Alexander, 15.

Manakala, empat anak angkatnya ialah Hasbi Fadullah, 15, Hasya Farahiya,13, Haziq Fadillah, 12, dan Hazra Farisya, 7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN