fbpx
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (dua dari kiri) hadir menyaksikan pemeteraian kerjasama antara CIMB dan DBKL hari ini.

CIMB, DBKL pacu pertumbuhan ekonomi inklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad (CIMB) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, dengan komitmen berjumlah RM5 juta bagi tempoh tiga tahun bagi memacu pertumbuhan ekonomi inklusif menerusi inisiatif Moving KL Forward – Kita Bagi Jadi bersama DBKL x CIMB.

Sepanjang tiga tahun akan datang, beberapa siri program bakal dilaksanakan dengan menumpukan dua bidang utama, antaranya menggalakkan pengadaptasian digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing, menerusi tawaran insentif pulangan tunai dan rebat eksklusif menerusi CIMB OCTO dan OCTO Biz.

Bidang tumpuan kedua ialah mengaktifkan ekonomi kreatif tempatan menerusi acara-acara kebudayaan, festival dan inisiatif seni awam, seterusnya mencipta peluang penjanaan pendapatan dan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin berkata, MoC tersebut menterjemahkan matlamat CIMB dalam memperkasakan pelanggan dan masyarakat kepada impak nyata.

“Sebagai sebuah bank yang berpangkalan di Malaysia, kami membantu perniagaan berkembang, memudahkan transaksi dan menyokong pembangunan ekosistem tempatan untuk penyertaan ekonomi yang mampan.

“Menerusi kerjasama dengan DBKL, kami berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan, mengangkat bakat kreatif tempatan serta menyemai rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia, di samping meningkatkan potensi Kuala Lumpur sebagai hab serantau seterusnya menarik lebih banyak pelaburan, peluang ekonomi dan pelancongan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, melalui penganjuran CIMB OCTO Fest sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan baru-baru ini, pihaknya telah membantu 360 peniaga tempatan menjana kira-kira RM17 juta jualan.

Ia membuktikan bagaimana inisiatif bersasar mampu memacu aktiviti perniagaan serta mempercepatkan pengadaptasian pembayaran digital melalui aplikasi CIMB OCTO dan OCTOBiz.

“Kerjasama kami ini akan memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemah sebagai nilai yang bermakna dalam segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Sebagai permulaan kerjasama, CIMB akan menganjurkan konsert Moving KL Forward – Kita Bagi Jadi bersama DBKL x CIMB pada 16 dan 17 Mei ini di Panggung Anniversari, terbuka buat orang ramai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN