fbpx
PEMANDU bas ekspres bersama kekasihnya diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Jasin selepas perintah reman selama empat hari dikeluarkan bagi membantu siasatan. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Bekas pemandu bas, kekasih diriba direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Bekas pemandu bas ekspres dan kekasih yang tular diriba direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Jasin, Mazana Sinin terhadap suspek yang masing-masing berusia 36 dan 21 tahun.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Kedua-dua mereka sebelum ini telah ditahan petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin selepas hadir bagi memberi keterangan berhubung kejadian tular.

Dalam klip video tular, bekas pemandu bas ekspres berkenaan dilihat memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba kekasihnya itu ketika kenderaan tersebut sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, hasil soal siasat, ketika kejadian bas berkenaan dipercayai membawa kira-kira 24 penumpang.

“Wanita berkenaan mendakwa dia teringin memandu kenderaan itu dan hanya diriba seketika sebelum memasuki laluan utama lebuh raya, namun siasatan masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN