fbpx
JKM meminta bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kepada bayi perempuan, Puteri Dhia Izzahra berusia lima bulan.

JKM cari Salwa Maulana Putri, ibu Puteri Dhia Izzahra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi perempuan, Puteri Dhia Izzahra yang berusia lima bulan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Nazirah Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima aduan bayi tersebut tidak mempunyai waris atau penjaga sah.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan maklumat latar belakang keluarga yang jelas.
“Kanak-kanak juga tidak dapat memberi maklumat mengenai latar belakang waris terdekat kerana masih kecil.

“Susulan itu pihak JKM mengambil tindakan menyelamatkan bayi itu di bawah Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, satu perintah di bawah Seksyen 15(3) akta sama turut dipohon bagi mengesan ibu kandung bayi itu yang dikenal pasti sebagai Salwa Maulana Putri dengan nombor pasport X6266404.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin atau Pelindung Kanak-Kanak di talian 06-5291285 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN