fbpx
Gambar hiasan

Bank Rakyat umum dividen 18%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat sebanyak 18 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (TK 2025) dengan jumlah pembayaran RM534.7 juta, tertinggi sejak 10 tahun lepas.

Menurutnya, pembayaran dividen akan dilakukan bermula hari ini, memanfaatkan sejumlah 783,324 anggota.

“Prestasi kewangan yang memberangsangkan membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai penghargaan kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.9 bilion bagi TK 2025, 4.2 peratus lebih tinggi berbanding RM1.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Ia dicapai melalui asas kukuh Kumpulan serta tumpuan terhadap aktiviti teras, disokong oleh keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik, sementara Kumpulan kekal berwaspada dalam menghadapi prospek ekonomi global yang tidak menentu dan persekitaran perbankan mencabar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN