fbpx
BEZZECCHI (kanan) dan pelumba Ducati, Marc Marquez ketika bersaing di Grand Prix Brazil bulan lalu- AFP

MotoGP: Marquez jangka kebangkitan Aprilia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTIN – Dominasi luar biasa pasukan Aprilia Racing pada awal musim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026 bukan satu kejutan, sebaliknya sudah dijangka lebih awal oleh juara dunia, Marc Marquez.

Selepas sekian lama perlumbaan MotoGP dikuasai Ducati, tiga pusingan pertama musim ini menyaksikan perubahan besar apabila Aprilia tampil sebagai kuasa baharu menerusi prestasi konsisten barisan pelumbanya.

Marco Bezzecchi muncul watak utama apabila menyapu bersih kemenangan dalam ketiga-tiga perlumbaan, manakala rakan sepasukan Jorge Martin turut menyerlah dengan kemenangan perlumbaan Sprint dan beberapa podium.

Bagaimanapun, Marquez menegaskan kebangkitan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana petanda awal sudah dapat dilihat terutama pada perlumbaan penghujung musim lalu lagi.

“Bagi saya, ia bukan satu kejutan. Sejak penghujung musim lalu dan ujian pramusim, kami sudah nampak Marco (Bezzecchi) sangat laju dan Aprilia semakin meningkat,” katanya.

Menurutnya, peningkatan konsisten jentera RS-GP menjadi faktor utama yang mendorong lonjakan prestasi pasukan tersebut musim ini.

“Aprilia memang laju dan mereka terus berkembang. Apa yang berlaku sekarang hanyalah kesinambungan daripada apa yang kami sudah lihat sebelum ini,” jelasnya.

Pandangan sama turut disokong beberapa pelumba lain, namun ada juga yang mengakui tidak menjangka impak sebesar itu, sekali gus membuktikan Aprilia kini muncul sebagai pencabar utama dalam perebutan kejuaraan dunia musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN