fbpx
Tangkap layar video memaparkan motosikal berkuasa besar melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE), baru-baru ini.

Penunggang Ducati ‘wheelie’ di SPE didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang ditahan polis sebelum ini selepas melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ ketika menyertai konvoi motosikal di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pertuduhan itu dibuat selepas menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“kedua-dua kes akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi esok di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, polis mengesan video tular menerusi aplikasi Threads yang memaparkan dua lelaki tempatan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Menurut Mohd. Zamzuri, kejadian berlaku pada 9 Mei lalu kira-kira pukul 11 pagi di Lebuh Raya SPE dari arah pusat bandar menghala ke Putrajaya.

Katanya, aksi berbahaya itu dipercayai dilakukan penunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard 950 berwarna merah dan Ducati Panigale berwarna hitam.

Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki tempatan berusia 31 dan 36 tahun selain merampas sebuah motosikal bagi tujuan siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN