fbpx
Pengguna Thread Diyanashmsuddin memuat naik gambar belakang rumahnya yang kehilangan kompresor pendingin udara dipercayai dicuri pada sebelah malam.

‘Kompresor aircond pun dah tak selamat, itu pun nak curi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah tidak menyangka kompresor pendingin udara di luar belakang rumah didakwa turut menjadi sasaran pencuri yang dipercayai diambil sewaktu dia sedang nyenyak tidur pada waktu malam.

Menerusi hantaran Thread Diyanashmsuddin, dia terjaga daripada tidur sekitar pukul 4 pagi dan berasa panas, namun tidak terlintas di fikiran yang kompresor berkenaan dicuri.

“Korang tengok lah ek manusia ni sampai kompresor luar belakang rumah aku pun boleh dia rembat. Dahlah tengah malam diorang rembat, aircond tengah on (hidu) tau.

“Aku terjaga pukul 4 pagi macam tu, rasa panas je walaupun pasang aircond. Aku tutup je lah dalam mamai sebab ingatkan aircond kurang gas ke apa. Tak sangka rupa-rupanya dah tak ada benda alah ni dekat belakang,” katanya.

Wanita itu berkata, dia hanya mengetahui kompresor itu telah dicuri selepas suaminya mahu menghidupkan pendingin udara, namun tidak berasa sejuk.

“Pagi tu pergi kerja macam biasa tak lalu la belakang rumah sebab jalan belakang ni memang jarang orang lalu, balik petang tu suami aku on (hidupkan) aircond (pendingin udara) dia cakap aircond tak rasa, kitaorang pun agak gas habis la kot.

“Tapi suami aku macam tak sedap hati, dia on balik aircond, dia pergi periksa belakang sebab dia cakap takda bunyi kompresor. Nohhh, hilang wei seketul besar ni. Akulah nak marah, nak nangis semua ada. Aircond tengah on wei malam tu, kau boleh rembat,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads yang mengecam pencuri tersebut selain mendoakan pelaku ditimpa musibah.

“Moga tangan pelaku akan setiasa sakit tak ada ubat. Allah bagi tangan, guna untuk kejahatan,” komen Dilla15mn.

“Kompresor pun dah tak selamat sekarang ni. Dahsyat, tu pun nak curi. Moga kena langgar lori pencuri tu,” kata Mawarku Zie.

“Ya Allah, sama kes macam tadika anak saya. Dekat tadika ada aircond dua, tapi dua kompresor kena curi. Kasihan anak-anak belajar dalam keadaan panas walaupun ada kipas, tapi cuaca sekarang memang panas,” tulis Lady Vinka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN