fbpx
LEEDS melakar kejutan meraih kemenangan buat kali pertama di Old Trafford menewaskan United selepas 45 tahun. - AFP

EPL: Leeds akhiri badi 45 tahun Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Leeds United, Daniel Farke mengakui bangga selepas pasukannya menamatkan badi 45 tahun untuk mencipta kemenangan bersejarah dengan menewaskan Manchester United 2-1 di Old Trafford, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, penyerang sensasi Leeds, Noah Okafor muncul wira apabila meledak dua gol untuk memastikan pasukan terus menjarakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurut Farke, kemenangan itu bukan sahaja penting dalam kedudukan liga, malah mampu menaikkan motivasi pasukan untuk tampil lebih cemerlang pada baki saingan liga nanti.

“Saya rasa lega dan bangga melihat prestasi pemain yang sangat hebat. Sekarang adalah waktu genting di penghujung musim tetapi penting untuk kita kekal bertenang serta berpegang pada pelan.

“Secara peribadi, separuh masa pertama sangat baik. Kami sepatutnya mendahului lebih daripada 2-0 kerana banyak peluang terlepas tetapi bernaib baik apabila dapat kekalkan kedudukan hingga wisel penamat,” katanya.

Sementara itu, penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin menganggap keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Lisandro Martinez selepas menarik rambutnya sebagai Langkah yang tepat.

“Segala keputusan terletak di tangan pengadil. Apa yang penting, kami datang dengan misi untuk menang dan berjaya melaksanakan pelan dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN