fbpx
PERTUNJUKKAN fesyen Warna Raya x KLCC berlangsung pada Februari lalu.

Pesona songket, sutera Thai ke rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GAYA fesyen klasik sentiasa menjadi pilihan utama setiap kali tiba Aidilfitri, khususnya ketika menghadiri rumah terbuka yang menuntut penampilan kemas, sopan dan elegan.

Dalam suasana kunjung-mengunjung yang penuh tradisi, pemilihan busana bukan sekadar soal trend semasa tetapi juga mencerminkan keperibadian serta rasa hormat kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Tidak kira peredaran zaman, potongan seperti baju kurung, baju kebaya dan jubah moden kekal relevan kerana siluetnya yang ringkas, namun anggun.

Jenama Hanna Rauda antara yang sinonim dengan gaya klasik dengan sedikit sentuhan moden sesuai buat wanita yang mahu tampil menarik apabila beraya.

Hanna Rauda yang pertama kali menyertai pentas pertunjukan fesyen Warna Raya x KLCC yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Februari lalu tampil dengan 24 busana Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi label itu, Alia Athirah Zainudin berkongsi, bagi pentas peragaan tersebut, dia menampilkan empat buah koleksi busana Aidilfitri yang cukup sesuai diperagakan lebih-lebih lagi ketika musim bertandang ke rumah terbuka.

ANEKA busana diperagakan meliputi baju kurung, kebaya dan lain-lain.

“Bagi Aidilfitri tahun ini, Hanna Rauda mempersembahkan empat jenis koleksi iaitu Warisan, Pesona, Aurora Raya dan Bespoke.

“Bagi Bespoke Collection, terdapat lapan rekaan yang kami datangkan khas untuk pentas peragaan kali ini.

“Kesemua rekaan itu juga menggunakan fabrik premium bersama kemasan sulaman dan renda,” terangnya.

ALIA gembira dengan koleksi yang dipersembahkan Hanna Rauda sempena Aidilfitri ini.

Pemilihan fabrik seperti songket dan sutera Thai dengan kemasan sulaman menyerlah elemen klasik.

Tambah Alia, fabrik sutera Thai juga menjadi pilihan kerana sifatnya yang lebih lembut dan tidak menyebabkan gatal pada kulit apabila dipakai seharian.

Pemilihan warna-warna terang seperti merah, hitam dan hijau zamrud antaranya menjadi pilihan kerana mampu menyerlahkan aura elegan dan keyakinan diri si pemakai.

Warna-warna itu bukan sahaja tampak mewah dan klasik, malah mudah disuai padan dengan aksesori minimal seperti tas tangan kecil atau kasut bertumit rendah sekali gus mengekalkan penampilan yang kemas tanpa berlebihan.

Ujar Alia lagi, dia mempelbagaikan jenis pakaian untuk koleksi itu bagi memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.

“Kami menampilkan seleksi seperti kebaya, baju kurung dan juga rekaan baju dengan potongan kimono.

“Ini kerana saya mahu kalau boleh, semua orang boleh pakai busana kami, sama ada mereka beraya di kampung atau pun bandar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN