fbpx

Salam Perantau 24 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Meskipun jauh di mata, tapi kalian semua tetap di hati. Buat keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan di Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Daripada: Kamilia dan keluarga
Lokasi: Istanbul, Turkiye

 

Diam tak diam, sudah masuk tahun ke-15 saya sekeluarga menetap dan berpuasa di Norway. Pada kesempatan ini, saya dan suami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perantauan kepada keluarga tercinta yang berada di Kedah dan Selangor, serta kepada saudara-mara serta kenalan yang mengenali diri ini. Moga kita mendapat keberkahan melaluinya.

Daripada: Nor Azira Abdul Aziz, Faizul Akmal Ahmad Rodi dan Nur Firzanah Akmal
Lokasi: Oslo, Norway

 

Tahun ini kami beraya jauh dari keluarga tercinta, namun ingatan dan doa sentiasa dekat di hati. Semoga Aidilfitri ini tetap membawa makna, ketenangan dan kegembiraan, walau disambut di perantauan. Rindu tetap rindu, kasih tetap utuh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Daripada: Zaim Zazali dan Afiqah Kamaruddin
Lokasi: Warrington, United Kingdom

 

Selamat hari raya, makan rendang jangan lupa jemput, silap lama jangan simpan di perut. Moga Syawal kali ini membawa 1,001 keberkatan buat kita.

Daripada: Khairina
Lokasi: Seoul, Korea Selatan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN