fbpx
Nurul Ain Shazwani sugul menunggu jenazah abangnya, Nik Muhammad Hafifi Asri (gambar kecil) di pekarangan Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Nahas pelantar minyak: Ucapan hari lahir kenangan terakhir buat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Ucapan ulang tahun kelahiran kepada adik perempuan menjadi komunikasi terakhir Nik Muhammad Hafifi Asri Ab. Majid, 38, sebelum maut dalam insiden di Platform Sepat berhampiran perairan Terengganu-Kelantan dekat sini semalam.

Adik bongsunya, Nurul Ain Shazwani, 30, berkata, kakaknya, Nurul Ain Safiqah Ab. Majid menerima ucapan berharga itu sempena ulang tahun kelahirannya ke-32 pada 18 Mei lalu.

“Arwah abang (Nik Muhammad Hafifi Asri) menghantar ucapan tersebut menerusi kumpulan WhatsApp keluarga pada pukul 10.31 pagi hari tersebut.

“Tak sangka itu komunikasi terakhirnya buat kami sekeluarga yang akan menjadi kenangan tidak mungkin dilupakan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Nik Muhammad Hafifi Asri merupakan salah seorang daripada tiga pekerja pelantar minyak yang maut dalam insiden bot keselamatan terhempas dipercayai akibat tali pencangkuk terlucut di fasiliti Kapal Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung (FSO) Sepat pada pukul 12.50 tengah hari, kelmarin.

Nurul Ain Shazwani berkata, arwah abangnya yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik merupakan seorang yang penyayang dan ringan tulang.

Katanya, biarpun sibuk dengan kerjayanya di pelantar minyak, Nik Muhammad Hafifi Asri amat mengambil berat kebajikan mereka adik-beradik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN