fbpx
Gordon jadi sandaran The Magpies dalam misi menewaskan United nanti. - Foto ihsan FB Newcastle United

EPL: Newcastle sedia calar ego The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui prestasi hambar pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bukan berpunca daripada jadual padat semata-mata.

Menurut Howe, bukan mudah untuk mengharungi setiap perlawanan kompetitif selama tiga hari tetapi ia cabaran yang perlu dihadapi menjelang aksi bertemu Manchester United di St. James Park awal pagi Khamis ini.

“Saya dapat rasakan prestasi pasukan semakin merosot terutama pada kempen EPL. Situasi ini sangat mengecewakan kerana kami cuba beri fokus sama kepada setiap perlawanan, tetapi disebabkan jadual padat, tumpuan pasukan agak terjejas,” katanya.

Mengulas lanjut, rekod The Magpies di laman sendiri juga semakin membimbangkan dan perlu segera diperbaiki jika mahu mendaki carta liga musim ini.

“Kami perlu segera mendapatkan keyakinan kerana rekod di laman sendiri tidak begitu baik. Pasukan yang bagus perlu konsisten setiap masa dan kami mahu pemain kembali kepada asas permainan yang kita terapkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Howe enggan melayan spekulasi bahawa pemain sayap sensasi, Anthony Gordon dikhabarkan bakal berhijrah ke United apabila jendela perpindahan dibuka semula pada Jun depan.

“Kami masih di pertengahan musim dan Gordon berdepan beberapa perlawanan terbesar dalam kariernya. Dia perlu fokus sepenuhnya kepada perlawanan seterusnya untuk bantu pasukan pamer prestasi terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN