PETALING JAYA – Kisah Allahyarham Amirrulmukminin Mohd. Zain, 27, yang mendaftar sebagai pengikrar, seterusnya organnya didermakan kepada yang memerlukan selepas meninggal dunia turut memberi inspirasi kepada kakaknya untuk berbuat demikian.
Kakak Allahyarham, Annurfatinah berkata, buat masa ini, seorang abangnya berusia 38 tahun yang juga abang Amirrulmukminin telah mendaftar sebagai menjadi pengikrar organ.
“Seingatnya abang saya yang buat ikrar dahulu, seterusnya arwah adik saya kemudian jadi pengikrar. Mungkin salah satu (inspirasi) daripada abang, arwah juga menjadi pengikrar,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Berkongsi kisah Amirrulmukminin menjadi pengikrar, dia berkata, sebelum ini adiknya pernah menyatakan hasrat untuk mendaftar dan pada mulanya, disangka ia ‘sembang kosong’.
“Doktor kemudian periksa namanya sebagai penderma. Doktor beritahu kedua-dua buah pinggang adik sudah ada penerima, siapa terima itu, keluarga tidak tahu,” katanya.
Kisah Amirulmukminin menderma organ telah tular di media sosial sehingga memberi inspirasi.















