fbpx
LEBIH 1.78 juta pengundi Sabah selesai memilih pemimpin mereka dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu lalu. – gambar hiasan

‘YB! sudah menang PRN, jangan lupa masuk kampung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah sudah pun selesai dan dengan ini, maka sahlah calon yang menang bergelar Yang Berhormat (YB).

Sebagai pengundi atau lebih tepat lagi rakyat Sabah, tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka.

Tetapi sebagai pengundi yang berasal dari kampung, saya ingin ingatkan satu perkara yang sering diabaikan setiap kali pilihan raya selesai iaitu YB tiba-tiba ‘hilangkan diri’.

Ketika kempen, bukan main rajin datang masuk kampung, senyum sampai telinga, janji sampai tidak tahu di mana penghujungnya. Namun, apabila sudah menang, tiba-tiba jalan kampung ini macam tidak pernah wujud di peta mereka.

Sebagai orang kampung, kami bukan minta bulan dan bintang. Kami cuma mahu pemimpin yang sentiasa turun padang dan bukan sekadar muncul ketika perlukan undi.

Hakikatnya, setiap kali hujan lebat, jalan penuh lumpur, jambatan hampir roboh dan bekalan air sering putus.

Namun biasanya, suara kami selalunya tenggelam dalam kesibukan pemimpin yang lebih gemar berada di bandar, sedangkan undi yang menangkan mereka banyak datang dari kampung.

Kami juga mahu pemimpin tahu bahawa zaman sudah berubah. Rakyat Sabah bukan lagi jenis yang diam dan ikut saja. Kalau pemimpin buat kerja, kami hargai.

Kalau pemimpin abaikan kami, kami pun boleh buat pilihan lain bila tiba masanya.

Amanah yang diberi itu bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk ditunaikan.

Anak Pedalaman
Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN