fbpx
Suhaila menunjukkan lokasi dia melihat seekor gajah liar di hadapan rumahnya di Kampung Dendang, Dungun hari ini.

Campak basikal, pecut lari nampak gajah depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang peniaga kuih hampir mahu membatalkan niat untuk bersolat subuh berjemaah di masjid ekoran terserempak dengan seekor gajah liar di hadapan rumahnya di Kampung Dendang, di sini, pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi itu, Suhaila Yacob, 50, yang mengayuh basikal untuk ke masjid ketakutan sebelum berpatah lagi ke rumah setelah terlihat haiwan liar tersebut di seberang jalan di hadapan rumahnya.

“Waktu itu, basikal dikayuh saya baru melepasi pagar rumah. Sebaik nampak gajah tersebut, saya tidak fikir panjang, campak basikal sebelum berlari laju memasuki rumah untuk menyelamatkan diri.
“Kira-kira 10 minit kemudian, saya memberanikan diri keluar semula rumah dan terus menuju ke masjid untuk solat subuh setelah kelibat gajah itu beredar,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Dendang di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Malik Abdul Rani, 57, pula berkata, perkampungan mereka sudah empat kali diceroboh gajah liar dalam tempoh seminggu termasuk terbaharu kelmarin.

Katanya, gajah terbabit dikesan berkeliaran di belakang Masjid Kampung Dendang yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah Suhaila.

“Seingat saya, ini kali kedua kampung kami dimasuki gajah liar dalam tempoh 20 tahun.

“Kami seramai kira-kira 1,000 penduduk dalam ketakutan kerana haiwan liar tersebut bukan hanya merosakkan kebun, malah sudah terlalu hampir dengan kediaman kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN