fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau tak pernah kisah hal anak, tak payah la suruh menteri letak jawatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Mak pak, kalau tak pernah semak kerja sekolah anak, mesyuarat PIBG tak pernah datang, mesej cikgu dalam WhatsApp pun buat tak kisah, surat kebenaran ibu bapa pun tak reti baca betul-betul, anak kawan dengan siapa pun tak tau, tak payah sibuk suruh menteri letak jawatan”.

Itu antara pesanan seorang individu kepada ibu bapa yang sering menuding jari kepada pihak tertentu setiap kali berlakunya masalah sosial dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Katanya yang menggunakan profil no_nxms di media sosial, tidak hairanlah berlakunya masalah moral dalam kalangan itu apabila ada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ibarat ke ‘pusat jagaan harian’ semata-mata.

“Tak ambil tahu anak guna telefon untuk apa, main game apa, buat apa di media sosial atau tak ada nombor ibu bapa kawan-kawan anak.

“Tak terkejut pun kalau ada ibu bapa yang hantar anak pegi sekolah macam sekolah tu sekadar ‘day care’ untuk anak dia. Nak belajar ke tak, dia tak kisah pun,” katanya.

Individu berkenaan turut menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan kesalahan tingkah laku anak-anak ke atas menteri berkaitan sepenuhnya.

“Kelakar betul yang jenis semua benda salah menteri. Kau ‘expect’ menteri seorang tu jaga ratusan ribu murid dari akademik, disiplin, akhlak, adab, makan minum semua?

“Tak masuk yang berkeperluan khas lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN