PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang merayu untuk diselamatkan dan dibawa pulang bukan kerana menyesal bekerja di pusat scam di luar negara tetapi disebabkan tidak tahan dengan tekanan kerja selain hukuman dikenakan sindiket. Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah berkata, berdasarkan maklumat diperolehi daripada bekas pekerja scam, ramai daripada mereka mahu diselamatkan selepas gagal mencapai sasaran prestasi harian (KPI) yang ditetapkan. Menurut beliau, kebanyakan cerita yang diterimanya berkisar mengenai tekanan kerja melampau, penderaan dan hukuman yang dikenakan ke atas pekerja……














