fbpx
Sebahagian penghuni TSH melakukan aktiviti di pusat itu di Jitra baru-baru ini.

Taman Sinar Harapan ‘syurga’ buat 810 penghuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seramai 810 orang termasuk bayi menjadi antara penghuni di tujuh Taman Sinar Harapan di seluruh negara sehingga 30 Jun lalu.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 83 kanak-kanak dan 100 individu merupakan penghuni terlantar.

“Selain disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU), terdapat juga penghuni yang mempunyai masalah kesihatan dan menghidap penyakit, antaranya berkaitan jantung, paru-paru kronik, buah pinggang, pneumonia, kencing manis, asma, hernia dan juga HIV,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tujuh TSH tersebut adalah TSH Ridzuan Puzi, Jitra; TSH Kuala Kubu Bharu, Selangor; TSH Ziyad Zolkefli di Cheras, Selangor; TSH Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan; TSH Tampoi dan TSH Jubli di Johor serta TSH Kuala Terengganu, Terengganu.

Ujar JKM, TSH yang merupakan institusi di bawah JKM memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada OKU kategori pembelajaran selain digazetkan sebagai tempat selamat untuk perlindungan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Akhbar ini sebelum ini me­laporkan mengenai ramai anak-anak OKU yang tinggalkan ibu bapa dan tidak diendahkan langsung.

Jelasnya, kemasukan ke TSH adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau melalui permohonan sukarela oleh ibu bapa, penjaga atau waris.

“Bagi kemasukan melalui pe­rintah mahkamah, penghuni terlibat lazimnya terdiri daripada kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan di­sebabkan oleh penderaan, pengabaian oleh ibu bapa atau penjaga.

“Ia termasuklah kes-kes yang ditinggalkan di hospital sejak dilahirkan, anak tidak sah taraf serta tidak mendapat penjagaan dan perlindungan sewajarnya daripada ibu bapa atau penjaga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN