fbpx

Kes tembak Cheras: 18 individu telah diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang maut selepas ditembak sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan daripada 18 individu bagi membantu siasatan kes tembakan yang mengorbankan dua lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, tengah malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan masih berjalan bagi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis sedang giat mengesan sekumpulan individu disyaki terlibat dalam kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 12.48 malam.

Menurutnya, suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki bertopengkan ski ‘mask’ hitam yang menaiki kenderaan jenis Perodua Alza.

Dalam kejadian tersebut, dua lelaki tempatan dalam lingkungan umur 40-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI