fbpx
Durian Balik Pulau mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana rasa dan isinya yang enak.

Luahan pembaca: Jual durian Thailand tapi kata Balik Pulau punya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

Musim durian Balik Pulau sudah bermula. Rata-rata peniaga mula memperkenal aneka raja buah daripada jenis kampung, premium sehinggalah kepada super premium.

Pengusaha kebun mula mendirikan khemah atau pondok untuk pelanggan mereka berhampiran dusun durian, malah ada juga memasarkan di sepanjang jalan laluan awam.

Apa yang dirisaukan, ada peniaga luar dan bukan asal dari Pulau Pinang turut mengambil peluang menjual durian di tepi jalan. Ini berdasarkan dialek atau bahasa yang mereka gunakan.

Bila disoal, mereka mengaku buah yang dijual adalah dari dusun di Balik Pulau dan bukannya buah import dari Thailand. Mereka juga mendakwa durian yang dijual adalah unik kerana bekalannya tidak akan putus meskipun musim durian berakhir. Sedangkan pengeluaran buah durian Balik Pulau adalah bermusim.

Sebagai pengguna, saya menggesa pihak berwajib memantau perkara tersebut supaya tidak berlaku penipuan dan eksploitasi terhadap durian tempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sememangnya menjejaskan industri serta pengusaha atau peniaga tempatan.

Lizz Duron,
Balik Pulau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN