fbpx

Salam Perantauan 18 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa, ibu bapa mentua, ahli keluarga kami yang tercinta di tanah air, saudara- mara serta sahabat handai.
Tidak ketinggalan, ucapan ini ditujukan buat warga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Daripada: Lily, Mus’ab, ‘ Azzam, Aslam dan Aysar
Lokasi: Kyoto University, Jepun

 

SALAM perantauan buat keluarga yang jauh di mata. Walau ribuan batu memisahkan, namun kasih dan doa tetap menghubungkan jiwa.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempertemukan kita semula dalam suasana penuh keceriaan.

Daripada: Fares Manan
Lokasi: Brighton, United Kingdom

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah.

Daripada: Hafiz Saidin
Lokasi: Akihabara, Jepun

 

SEMOGA Aidilfitri kali ini bermakna buat semua umat Islam. Salam perantauan daripada kami sekeluarga.

Nama : Fawwaz dan keluarga
Lokasi : Kapadokya, Turkiye

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI