fbpx
KEADAAN kereta dinaiki pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 19 Jalan Endau-Mersing, petang tadi.

Suami isteri maut pulang dari beraya di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 19 Jalan Endau-Mersing, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Nur Firdaus Muhamad Bustaman, 24, dan Siti Nur Aisyah Andoor Beet Babjan Kahar, 23, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 5.10 petang melibatkan Perodua Myvi, Toyota Innova (MPV) dan Chery Omoda (SUV).

Katanya, ketika kejadian berlaku keadaan cuaca hujan lebat dan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai terjadi apabila Perodua Myvi telah hilang kawalan.

“Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Toyota Innova dan Chery Omoda. Pasangan suami isteri itu dalam perjalanan menuju ke arah Mersing dari Kelantan.

“Kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Kota Masai Pasir Gudang itu cedera parah di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN