fbpx

Perodua Axia ‘makan jalan’ bas kilang punca kemalangan ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan meragut dua nyawa lelaki di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

MUAR – Siasatan awal polis terhadap kemalangan meragut nyawa dua lelaki bersahabat di Jalan Salleh – Bukit Pasir, di sini awal pagi tadi berpunca daripada Perodua Axia dinaiki mereka memasuki laluan bertentang sebelum bertembung bas kilang.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, Perodua Axia yang dipandu Amar Jazli Yusof, 26, dan dinaiki penumpang yang juga rakannya, Nur Aiman Mohd Azharry, 21, dalam perjalanan dari Tanjung Agas ke Bukit Pasir.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Axia dipandu mangsa dikatakan memasuki bertentangan sebelum bertembung dengan bas kilang yang membawa 20 penumpang.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terseret ke laluan asal Perodua Axia.

“Kedua-dua pemandu dan penumpang yang menaiki kereta Perodua Axia disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, pemandu serta 20 penumpang bas pula terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! difahamkan, kedua-dua mangsa sudah tamat belajar dan tidak bekerja dikatakan dalam perjalanan ke sebuah lokasi untuk berjalan-jalan dari kediaman masing-masing yang terletak di Bakri dan Parit Jawa, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI