fbpx
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff (lima dari kiri) bergambar di atas bot nelayan yang telah dipasang panel solar fotovolta (PV), bersama pemilik bot, Aznan A. Razak (empat dari kiri), serta pegawai-pegawai daripada Bank Islam, UTM dan LKIM di Mersing, Johor baru-baru ini.

Bank Islam serah bot berkuasa solar kepada 25 nelayan di Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah  menyerahkan bot nelayan berkuasa solar kepada komuniti nelayan pesisir pantai di Penyabong, Mersing, Johor sebagai salah satu inisiatif bank dalam memperkukuhkan komitmennya dalam segmen kelestarian.

Projek ini dilaksanakan oleh Sadaqa House, cabang kewangan sosial Bank Islam
dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta mendapat sokongan daripada  Lembaga Tabung Haji.

Projek Smart Eco PV Boat di Penyabong akan memberi manfaat kepada 25 nelayan dari kawasan penempatan semula nelayan tempatan dengan nilai keseluruhan projek hampir RM150,000.

Menerusi usaha ini, setiap nelayan dijangka menjimatkan kira-kira RM150 sebulan kos diesel, sekali gus mengurangkan perbelanjaan operasi serta memperkukuh kestabilan pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja
Abdul Aziz berkata, inisiatif ini mencerminkan keyakinan Bank bahawa kelestarian perlu
diterjemahkan kepada manfaat yang boleh diukur dan dirasai oleh komuniti.

“Dengan mengintegrasikan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui ke dalam operasi harian nelayan, kami dapat mengurangkan kos, memperkukuh sumber pendapatan serta
mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

“Lebih penting lagi, inisiatif ini membuktikan bahawa kewangan sosial Islam boleh digerakkan untuk menghasilkan impak praktikal, berskala dan bermaruah untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan,” katanya dalam kenyataan.

Pelancaran ini  adalah susulan projek perintis Bank Islam yang diperkenalkan pada tahun
2024 di Perkampungan Sungai Muka Dua, Mersing, Johor, yang mana sistem solar fotovoltan (PV) telah dipasang pada 21 buah bot B40 dan kurang mendapat akses perbankan, dengan jumlah nilai projek melebihi RM100,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN