fbpx
ZAIMAHANIM (kiri) bersama pekerjanya menunjukkan barangan kemas yang dijual semula di kedai emas miliknya di Alor Setar baru-baru ini.

Jual emas dapat RM200,000 buat rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERANG – Harga emas yang terus meningkat dan kini berada pada paras tertinggi membuatkan ramai berpusu-pusu menjual semula perhia­san emas masing-masing untuk mendapatkan wang tunai segera.

Menurut Pengarah Urusan Tun Emas, Ku Mohd. Fikri Hanif Ku Puteh, ada pelanggan datang jual perhiasan emas termasuk emas pusaka dan dapat kira-kira RM200,000 untuk membina rumah.

“Selain itu ada yang mahu membuat belanja ketika mengerjakan umrah dan haji.

“Ramai juga yang datang jual emas untuk keperluan lebih mendesak seperti kelangsu­ngan hidup, perbelanjaan anak-anak masuk sekolah serta bulan puasa, seterusnya hari raya,” kata­nya.

Menurutnya, ada juga menjual emas bagi menampung kos rawatan ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik atau terlibat kemalangan.

Selain itu, katanya, terdapat juga yang berbuat demikian untuk mencari modal berniaga selain membantu anak yang kerugian ratusan ribu akibat diperdaya scammer.

Sementara itu, pemilik bersama Kedai Membeli Emas Zikir Syahadah, Zaimahanim Sapki dan Muhammad Syafiq Kasim, Kota Sarang Semut, dekat sini, berkata, mereka menjangkakan jumlah pelanggan yang akan menjual semula emas dan juga surat pajak meningkat lagi.

“Ia berkemungkinan me­ningkat dua kali ganda berban­ding hujung tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN