MUSIM cuti persekolahan kali ini saya bersama keluarga membuat keputusan bercuti di Kuantan, Pahang dengan merancang pergi ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya berkenaan.
Akibat kesesakan teruk di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menyebabkan perjalanan dari Lembah Klang ke Kuantan memakan masa agak panjang dan sampai ke Kuantan kira-kira pukul 11 malam.
Dengan keadaan agak penat kami terus mendaftar masuk ke sebuah hotel di tengah bandar untuk berehat sebelum merancang bangun awal pagi esok.
Keesokan hari, selepas keluar dari hotel, kami terkejut apabila mendapati kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di bawah pokok dipenuhi najis burung.
Keadaan itu amat mengejutkan kerana najis burung begitu banyak.
Ia membuatkan kami terpaksa menggunakan air mineral bagi mencuci tahi burung di bahagian cermin hadapan supaya tidak mengganggu pemanduan.
Perjalanan percutian yang sepatutnya lancar kini terganggu dan kami terpaksa mencari tempat untuk mencuci kereta.
Keadaan ini membuatkan aktiviti dirancang terganggu dan kami hanya dapat memulakan semula aktiviti bersama keluarga pada sebelah petang.
Saya berharap pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dapat memberikan perhatian serius tentang perkara ini.
Janganlah apa yang terjadi kepada saya tidak berlaku kepada pelancong lain yang datang untuk bercuti di Kuantan.
Pengunjung Kecewa
Kuala Lumpur














