fbpx

Liga Super: Aksi KDA FC, Kuching City ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MFL terpaksa menunda aksi KDA FC dan Kuching City kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi. - KDA FC

KUCHING – Hajat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super terpaksa ditangguhkan ekoran hujan lebat di Stadium Negeri.

Di awal permainan, KDA FC dan tuan rumah, Kuching City memulakan aksi dengan permainan menarik dengan menyaksikan beberapa peluang terbaik berjaya dicipta.

“Perlawanan Liga Super antara Kuching City FC lwn Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri yang dihentikan akibat hujan lebat sebentar tadi akan ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi,” menurut kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Untuk rekod, Kuching City yang kini berada di tangga kelima Liga Super dengan 21 mata hanya memiliki kelebihan satu mata berbanding KDA FC yang menghuni kedudukan ketujuh.

Selepas ini KDA FC dijadualkan melayan kunjungan PDRM FC di Stadium Darul Aman bagi aksi kedua separuh akhir Piala Cabaran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI