fbpx
SUBBAROW menunjukkan daun kari harga ‘kayangan’ yang diperoleh daripada pasar awam di Barat Daya dan Timur Laut semalam.

Daun kari ibarat emas, dijual RM18 sekilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Daun kari atau dikenali sebagai karapole dalam kalangan orang utara kini diibaratkan sebagai ‘emas’ oleh peniaga sayur-sayuran di negeri ini berikutan harganya yang tinggi mencecah RM15 hingga RM18 sekilogram.

Perkara itu didedahkan Pegawai Pendidik Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow yang mendakwa suri rumah kecewa dan terkejut apabila mendapati harga daun kari melonjak naik.

Menurutnya, sebelum ini pengguna boleh mendapatkannya percuma daripada peniaga santan di pasar awam.

“Baru-baru ini kita mendapati daun kari yang diikat de­ngan getah dijual antara RM2 hingga RM3, berbanding dijual RM1 di pasar Barat Daya dan Timur Laut.

“Hari ini (semalam), kami terkejut apabila daun kari kini dijual antara RM15 dan RM18 seki­logram. Peniaga santan kata ­ja­ngan harap ia akan diberi secara percuma selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan harga makanan yang dijual di restoran turut akan naik.

“Melihat keadaan ini, sudah pastinya harga kari atau gulai di restoran makanan yang menggunakan bahan daun kari dan makanan India yang lain juga akan berlaku kenaikan,” ujarnya.

Justeru tambahnya, CAP menggesa pengguna terutama­nya suri rumah menanam sendiri daun kari di rumah meman­dangkan proses penanamannya ha­nya menelan kos RM1 berbanding dibeli pada harga antara RM2 hingga RM3 seikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN