fbpx
SEORANG ahli keluarga menunjukkan lokasi Muhamad Alif Amza lemas di tali air di Kampung Tok Mekong, Sering, Kota Bharu Rabu lepas.

Tak sempat tunai hasrat anak masuk tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ibu terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat anak bongsunya untuk mendaftar ke Tabika Kemajuan Masyarakat (Kemas) selepas kanak-kanak itu lemas semasa mandi bersama abang­nya di tali air di depan rumah di Kampung Tok Mekong, Sering, di sini Rabu lalu.

Mangsa, Muhamad Alif Amza Mohd. Azmi, 5, dijumpai selepas tersangkut pada jala yang ditebar oleh seorang penduduk sebaik menyedari jasad kanak-kanak itu berada di dasar tali air kira-kira pukul 2.30 petang selepas sete­ngah jam hilang.

Ibu mangsa, Rosmazini Malik, 43, seminggu sebelum kejadian, Muhamad Alif Amza menyatakan hasratnya untuk bersekolah di Tabika Kemas.

“Dia juga pernah meminta saya membeli beg sekolah untuknya.


MUHAMAD ALIF AMZA

“Saya sudah bersedia untuk mendaftarkannya di tabika itu pada awal bulan depan kerana anak bongsu itu beria-ria mahu ke sekolah.

“Saya sangat terkilan kerana tidak sempat menunai hajat Muhamad Alif Amza itu kerana Allah SWT lebih menya­yanginya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pok Mekong, Sering di sini kelmarin.

Katanya, sebelum kejadian dia meninggalkan Muhamad Alif Amza yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik bersama abangnya, Muhamad Alif Harazz, 9, kerana keluar ke sekolah untuk mengambil keputusan pencapaian peperiksaan anak-anak.

Katanya, Muhamad Alif Amza pada awalnya mahu mengikutnya, namun tiba-tiba berubah fikiran dan keluar daripada kereta dengan memberi alasan mahu tinggal dengan abangnya.

“Sebelum bergerak, saya sudah berpesan kepada mereka agar tidak bermain di tali air ke­rana bimbang kejadian yang tidak diingini.

“Selepas beberapa jam keluar, saya menerima panggilan telefon daripada adik yang memaklumkan Muhamad Alif Amza hilang. Saya terus bergegas pulang sebelum dimaklumkan dia lemas di kawasan tali air di depan rumah,” katanya.

Katanya, salah seorang anak­nya yang berusia 15 tahun turut mencari dan menyelam di dalam tali air sedalam satu meter untuk mencari adiknya.

Katanya, sebaik menyedari jasad Muhamad Alif Amza berada di dasar tali air, penduduk kampung terus menebar jala sebelum berjaya membawanya naik.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian oleh pihak polis yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN