fbpx
Operasi mencari lelaki warga emas yang disyaki terjatuh ke dalam tali air di Kampung Padang Tengah, Tikam Batu di Sungai Petani. IHSAN BOMBA

Selimut jadi petunjuk, warga emas jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun dikhuatiri terjatuh ke dalam tali air susulan penemuan selimut miliknya di kawasan tersebut di Kampung Padang Tengah, Tikam Batu di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Khalid@ Halim Salleh dan tinggal di sebuah rumah berhampiran tali air berkenaan.

Pegawai Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.55 pagi.

“Sebaik tiba, kita dimaklumkan bahawa hasil siasatan awal pihak polis mendapati seorang lelaki berusia 83 tahun berkemungkinan terjatuh ke dalam tali air.

“Ia berdasarkan penemuan selimut yang digunakan mangsa di tepi tali air yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air selain penggunaan peralatan grappling iron bagi mengesan mangsa.

“Pasukan Penyelamat Di Air turut melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai terjatuh. Operasi itu juga dibantu pihak polis menerusi Unit Anjing Pengesan (K9),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN