fbpx
Zambry (tiga dari kiri) merasmikan Kembara PKPT@T di SMK Menerong, Hulu Terengganu hari ini.

SPM kekal asas kemasukan ke IPTA selagi saya Menteri KPT – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Dasar asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berubah tetap berpaksikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan tersebut telah dimuktamadkan di peringkat Kabinet dan ia menjadi asas utama dalam sistem kemasukan pelajar ke IPTA melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Online.

“Selagi saya jadi menteri, saya tidak akan benarkan pendidikan (pengajian tinggi) tanpa ada asas SPM.

“Tidak kiralah ada belajar di sekolah ini ke sekolah itu ke, asasnya hendak masuk ke UPU kami tetap perlu ada SPM,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu (PKPT@T) dan Program Kampung Angkat Madani (PKAM).

Zambry menegaskan, sistem pendidikan negara mempunyai struktur yang jelas dengan peranan berbeza antara Kementerian Pendidikan (KPM) yang menguruskan sekolah, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula mengendalikan kemasukan ke universiti.

Beliau berkata, perbezaan fungsi itu perlu difahami agar tidak timbul kekeliruan berhubung dasar kemasukan pelajar ke IPTA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN