fbpx
Johari (kiri) mengadakan sesi libat urus bersama US-ASEAN Business Council serta wakil-wakil syarikat dari Amerika Syarikat yang mempunyai pelaburan dan operasi di Malaysia hari ini. - FOTO FACEBOOK

Malaysia kekal dasar pelaburan stabil, telus – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia kekal komited menyediakan persekitaran dasar pelaburan yang stabil, telus dan boleh diramal bagi memastikan keyakinan pelabur asing terhadap negara terus kukuh.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan juga akan terus menghormati segala komitmen serta insentif yang telah dipersetujui dengan pelabur bagi menjamin kepastian dalam membuat keputusan pelaburan jangka panjang.

Katanya, perkara itu ditegaskan ketika beliau mengadakan sesi libat urus bersama US-ASEAN Business Council serta wakil-wakil syarikat dari Amerika Syarikat yang mempunyai pelaburan dan operasi di Malaysia hari ini.

“(Sesi tersebut) bagi bertukar pandangan mengenai persekitaran pelaburan dan peluang kerjasama yang lebih luas.

“Saya menegaskan bahawa Malaysia kekal komited untuk menyediakan dasar yang stabil, telus dan boleh diramal bagi para pelabur.

“Kerajaan akan terus menghormati segala komitmen serta insentif yang telah dipersetujui bagi memastikan keyakinan pelabur terus kukuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Johari berkata, pertemuan berkenaan turut membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pengkomputeran kuantum yang dilihat berpotensi menjadi pemacu baharu kepada pembangunan teknologi serta pelaburan bernilai tinggi.

“(Ia) termasuk kepentingan meningkatkan kefahaman dan kesediaan pemegang taruh tempatan sebagai langkah permulaan selain dalam mengukuhkan keyakinan pelaburan dua hala,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN