Ekonomi Malaysia berkembang dengan baik pada kadar 5.6 peratus untuk tempoh sembilan bulan pertama 2026. - Gambar hiasan

KDNK Malaysia berkembang 5.5 peratus suku tahun ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia terus berkembang pada suku tahun ketiga 2026 dengan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus, berbanding pertumbuhan enam peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut laporan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Suku Tahun Ketiga 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaaan (DOSM) hari ini.

DOSM berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku tahun ketiga disokong oleh aktiviti pelaburan yang lebih baik dan eksport bersih yang positif, di samping pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan swasta.

“Kesemua sektor ekonomi mencatatkan prestasi positif, kecuali perlombongan & pengkuarian yang merekodkan penyusutan.

“Dari segi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK bertumbuh 1.5 peratus selepas mencatatkan 2.5 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Secara kumulatif bagi tiga suku tahun pertama tahun 2026, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, lebih tinggi berbanding 4.8 peratus yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2025,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN