SELURUH rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang gadis berusia 19 tahun dalam keadaan tragis dengan 61 kesan tikaman di Ketereh dekat Kota Bharu, Kelantan. Mayat Nurfisya Zulkifly, 19, dijumpai kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Jalan Pengkalan Piah berhampiran kawasan sawah padi yang gelap. Mangsa ditemukan terbaring di atas jalan raya, memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan. Selain itu, beberapa barangan lain…














