fbpx

Banjir: Manjung catat 186 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di PPS SK Beruas hari ini. - Foto IHSAN APM

IPOH – Seramai 220 individu masih terjejas dengan banjir di negeri ini dengan Manjung mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 186 orang dari 57 buah keluarga.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, di Perak Tengah pula terdapat 34 orang mangsa melibatkan 11 buah keluarga.

“Semua mangsa di Manjung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas manakala mangsa di Perak Tengah di PPS SK Teluk Kepayang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir dan hujan lebat di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI