fbpx

Jennifer Lopez belum boleh lupakan bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER LOPEZ

AKTRES dan penyanyi Jennifer Lopez dikhabarkan masih tidak dapat melupakan suaminya Ben Affleck selepas memfailkan perceraian pada Ogos lalu.

Difahamkan, Lopez masih lagi mengikuti perkembangan seni Affleck dengan cara membuat penetapan seperti memasukkan nama aktor itu sebagai salah satu kata kunci carian dalam telefon bimbitnya.

“Dia (Lopez) berbuat begitu bagi memastikan dia tidak akan ketinggalan setiap berita berkaitan dengan Affleck.

“Tidak pasti apa tujuannya, namun hampir setiap hari dia akan membaca berita mengenai Affleck,” kata sumber.

Biarpun begitu memetik The Mirror, Lopez bagaimanapun enggan bercakap tentang Affleck secara umum.

Lopez dikatakan cuba mengelak dan enggan mengulas mengenai tindakan Affleck yang memujinya sebagai seorang pelakon yang hebat menerusi tayangan perdana filem terbaharu, Unstoppable minggu lalu.

“Semua pelakon dan orang belakang tabir adalah hebat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI