MYTHREYAR (kanan) pada perhimpunan secara aman di Taman Anggerik Desa Tanjung Malim berhampiran Klinik Kesihatan Tanjung Malim kelmarin.

Penduduk bertambah susah lepas KK hapus 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Rata-rata penduduk merayu agar wad kecemasan Klinik Kesihatan (KK) Tanjung Malim di sini, kembali beroperasi selama 24 jam berbanding mengikut waktu bekerja ketika ini yang mula dilaksanakan sejak Ogos lalu.

Perubahan waktu operasi itu menyukarkan mereka kerana ia melibatkan perihal mobiliti ekoran hospital terdekat ialah Hospital Slim River, 25 kilometer (km) dari klinik tersebut.

Seorang aktivis sosial, Mythreyar Mutturamalinggam, 46, berkata, tiada siapa yang dapat memberi jaminan tiada penduduk yang akan menghadapi kecemasan di luar waktu pejabat.

“Mungkin ada kekangan ter­tentu menyebabkan waktu operasi diubah, tetapi ia menyukarkan penduduk di sini untuk mendapat akses perkhidmatan pada waktu-waktu kritikal.

“Sebaiknya juga Tanjung Malim mempunyai hospital awam sendiri sebagai alternatif kepada rakyat ekoran pertambahan jumlah penduduk selain kemajuan ekonomi daerah itu,” katanya pada perhimpunan aman di Taman Anggerik Desa Tanjung Malim berhampiran klinik kesihatan itu di sini kelmarin.

Seorang pekerja ladang, Vicky Marutandi, 30, pula berkata, pendapatan keluarga tidak seberapa untuk mendapatkan rawatan segera di klinik swasta yang terdekat.

“Klinik ini telah menyediakan perkhidmatan 24 jam selama berpuluh-puluh tahun, jadi saya tidak nampak sebarang masalah jika dikembalikan semula waktu operasi asalnya.

“Saya berharap ia dapat dilaksanakan segera kerana perkara ini melibatkan nyawa penduduk,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN