fbpx
Panduan gaya agar tampil segar dan anggun sentiasa.

‘Suntikan’ untuk sentiasa tampil anggun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kita sememangnya perlu ada keyakinan diri bagi menjadikan penampilan tampak hebat.

Melalui pembacaan, pengalaman dan eksperimentasi, kita secara automatik akan dapat menilai kesuaian sesuatu rekaan itu dengan kita. Paling penting kita ada semangat ingin mencuba. Untuk

Stailo minggu ini, saya kongsikan panduan gaya agar tampil segar dan anggun sentiasa.

Penampilan sut putih lebih chic
Untuk tampil menyerlah, padankan seluar rona terang dengan blaus bercorak. Anda boleh bereksperimen dengan kombinasi warna, tetapi jangan keterlaluan kerana takut nampak pelik.

Jangan takut untuk memakai sut putih. Sut rona putih akan berikan penampilan yang klasik dalam kelas yang tersendiri. Elakkan fabrik yang terlalu lembut dan nipis, sebaliknya pilihlah fabrik berat sedikit seperti kain kapas dan linen.

Jam tangan dan aksesori mewah
Seperti juga beg tangan, jam tangan kini cukup menjadi perhatian dalam pasaran mewah antarabangsa. Apa yang unik, jam tangan berjenama adalah aksesori mewah yang tiada sempadan.

Paling penting apabila digayakan, ia tidak bertentangan dengan mana-mana kepercayaan (agama) atau akan merosakkan peradaban pakaian tradisi. Dalam pasaran mewah antarabangsa, jam tangan ini dilihat sebagai simbol status utama seseorang.

Cuma bezanya cita rasa dan harga. Pilihan anda bagaimana? Tepuk dada tanya selera.

Wanita dan kasut
Membeli kasut dan beg memberikan kepuasan yang tinggi kerana pulangannya adalah cukup hebat. Sepasang kasut dan dompet yang cantik menawan dapat menarik perhatian dan mengagumkan mereka yang memandang.

Dari sudut praktikalnya pula, kebanyakan wanita lebih suka memilih kasut dan beg sewaktu membeli-belah kerana ia lebih mudah daripada memilih pakaian. Wanita tidak perlu risau masalah fitting baju sama ada terlalu ketat, longgar atau apa sahaja, tidak perlu untuk menanggalkan pakaian dan tidak perlu menghabiskan masa dalam bilik menukar pakaian.

Keanggunan rona natural
Kelabu adalah warna natural yang paling anggun, mudah dan senang digayakan. Ia paling menyerlah jika digayakan dalam rekaan gaun malam yang diperbuat daripada fabrik sutera satin. Untuk ke pejabat, rona kelabu menjadi pilihan yang paling tepat. Selalunya mereka yang tidak sesuai menggayakan warna hitam, boleh memilih kelabu sebagai gantinya.

Perlu diingat, jika potongan badan anda lebar atau besar, anda harus memilih warna kelabu gelap untuk kelihatan lebih menarik dan jika anda kecil molek, pilihan yang tepat adalah kelabu cerah.

Rona kelabu paling segar jika dipadankan dengan putih sebagai warna kontras. Ia juga amat sesuai digayakan dengan apa jua warna kegemaran anda.

Wanita trendsetter
Apakah ciri-ciri yang perlu ada sebagai wanita trendsetter? Mereka semestinya tidak takut untuk bereksperimen dengan fesyen. Mereka tidak mengikut trend, sebaliknya mereka mendapatkan rekaan yang belum lagi dipakai oleh orang lain dan memulakan trend sendiri (yang akan menjadi ikutan).

Gaya penampilan mereke selalunya di luar jangkaan dan menjadi kejutan.

Jika untuk majlis black tie, jemputan lain mengenakan gaun polos labuh hingga lantai, mereka pula akan menggayakan gaun labuh penuh dengan labuci. Warna-warna dan juga perincian menjadi pilihan mereka. Aksesori urban menjadi pelengkap gaya mereka. Antara ikon yang tergolong dalam kategori ini adalah Cate Blanchet dan Kate Moss.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN