fbpx
Gambar hiasan

Hati-hati, ribut petir landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan terlibat adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN