fbpx
Kombinasi putih dan emas pada keseluruhan rumah didiami Nurul Huda dan keluarganya itu sememangnya memberikan 'mood' kemewahan dan menenangkan.

K2

Putih, emas cipta ‘mood’ mewah menenangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK keterlaluan dikatakan, tata hias kediaman milik Nurul Huda Abd. Manaf mengingatkan penulis kepada rumah milik Peik Lin Goh dalam filem Crazy Rich Asians.

Kombinasi putih dan emas pada keseluruhan rumah didiami Nurul Huda dan keluarganya itu sememangnya memberikan mood kemewahan dan ketenangan.

Keseluruhan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Alam Perdana Binjai, Kemaman, Terengganu itu dicat dengan warna putih bagi mewujudkan rasa terang dan lapang.

Elemen emas diselitkan dalam barang-barang rumah seperti candelier dan perkakasan kabinet sekali gus menambahkan lagi seri rumah.

Menurut Nurul Huda, 36, kombinasi warna berkenaan dipilih kerana minatnya terhadap cita rasa mewah dan klasik.

“Saya memilih warna putih sebagai kanvas dalam rumah saya supaya dapat mencipta latar belakang yang akan menyerlahkan lagi warna emas.

“Dengan ini, warna emas yang diterjemahkan menerusi perabot dan aksesori memberi aura kemewahan sekali gus menyerlah suasana rumah.

“Saya juga menambah ciri-ciri klasik kerana ciri-ciri itu sesuai dengan suasana mewah,” ujarnya.

Titik fokus kediaman berkeluasan 18 x 30 kaki persegi (5 x 9 meter persegi) itu semestinya kehadiran candelier mewah di hampir kesemua ruang rumah termasuk dalam tandas.

Jika diperhati dengan teliti, reka bentuk candelier-candelier di setiap ruang adalah berbeza dan unik bagi menambahkan varisi dalam tata hias.

Lebih menarik, candelier-candelier mewah tersebut dibeli di aplikasi Shopee sahaja pada harga yang berpatutan.

Tambah suri rumah sepenuh masa itu, tidak mustahil bagi seseorang untuk memiliki rumah yang tampak mewah tanpa berbelanja besar.

“Walaupun dekorasi rumah saya kelihatan macam saya berbelanja besar, tetapi kebanyakan barang saya beli di Shopee sahaja.

“Bahkan, rumah ini dahulunya rumah sewa sebelum kami beli pada tujuh tahun lalu. Saya dah mula hias rumah sejak saya sewa lagi.

“Tetapi setelah rumah jadi milik sendiri. Lagi galak saya lakukan tata hias rumah,” kata ibu kepada dua anak itu.

Satu-satunya perubahan besar yang dilakukan adalah dengan mengubah suai bahagian dapur dengan pemasangan jubin, island dapur dan siling baharu.

Selain itu, kebanyakan ruang rumahnya menggunakan wallpaper (kertas dinding) dan sticker bagi memberikan ilusi seolah-olah dia melakukan wainscotting.

Ujarnya lagi, kebanyakan inspirasi dalam kediaman tersebut diambil dalam internet tanpa menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman.

“Saya banyak ambil inspirasi daripada rujukan internet, kemudian saya olah ikut kesukaan saya.

“Alhamdulilah, hasilnya cantik dan sejuk mata. Saya gembira dapat memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi tata hias saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN